..:: SUDUT PETUA & TIPS ::..

- Indahnya Budi Bersulam Bakti , Petua Diberi Tanda Di Hargai -



( )


MINDA JUTAWAN

5 LANGKAH MEMBINA MINDA JUTAWAN
Oleh: Dr. Irfan Khairi

Pernahkah anda bayangkan, apakah sebenarnya di dalam minda seorang jutawan? Apakah persediaan minda yng dilakukan untuk menjadi seorang yang berjaya?

Pernahkah anda dengar cerita tentang seseorang yang tiba-tiba mendapat durian runtuh (dari segi kewangan, bukan durian!), tetapi, tidak lama kemudian segala yang dimiliki hilang dan dibelanjakan entah ke mana?

Ini adalah kerana minda seseorang itu belum bersedia menerima situasi durian runtuh tersebut. Maka, terjadinya konflik antara minda yang belum bersedia dan tingkah lakunya.

Tulisan saya kali ini adalah berdasarkan kajian yang dilakukan keatas orang-orang yang berjaya, tidak kira jutawan, ahli sukan, personality atau ahli politik. Teknik yang sering digunakan dalam menguasai minda di gelar NLP (Neuro linguistic programming). Artikel ini menyentuh satu cara menguasai minda yang sering digunakan dalam mempersedia dan mencapai apa sahaja kejayaan.

Fikiran manusia adalah sesuatu yang amat kompleks di mana ia dikatakan manusia belum lagi menggunakan kuasa minda sepenuhnya. Minda anda adalah sesuatu yang amat canggih sehingga tiada komputer di dunia dapat berfungsi seperti minda anda. Bagaimanakah caranya menggunakan kuasa minda untuk berjaya? Berikut adalah 5 langkah untuk membangunkan minda jutawan...


LANGKAH 1: Penuhi fikiran anda dengan apa yang anda mahukan.

Ia dikatakan bahawa seseorang itu akan menjadi apa yang difikirkannya pada kebanyakan masa. Apa yang anda sering fikirkan? Usahawan yang berjaya sering memenuhi mindanya dengan kejayaan berurusniaga. Ahli sukan yang berjaya sering memenuhi mindanya dengan gambaran memenangi pingat.

Ahli sukan popular, Lance Armstrong pernah menghidap penyakit barah yang amat serius sehinggakan para doktor menganggap beliau tidak akan dapat meneruskan hidup. Lance Armstrong bukan sahaja membuktikan beliau boleh pulih dari barah, tetapi dengan menggunakan teknik memenuhi fikirannya dengan gambaran kejayaan dalam bidang lumba basikal, Lance kemudiannya memenangi pertandingan basikal yang paling sukar sekali, iaitu Tour de France sebanyak 7 kali!

Dengan memenuhi minda anda dengan apa yang anda mahu, ianya akan menjadi sebahagian dari minda separuh sedar anda sehingga minda anda sendiri akan mendorong anda mencapai apa jua kejayaan.


LANGKAH 2: Sebutkan dengan jelas

Sebut dan luahkan secara verbal dengan jelas apa yang ada di minda anda. Ini adalah kerana, dengan menyebut, minda akan berfungsi dengan lebih sempurna. Teknik ini digelar teknik affirmation. Teknik ini merupakan kata-kata yang membantu dalam membangunkan diri sendiri. Affirmation yang paling popular digunakan di dunia adalah:

"In every day and every way I am getting better and better".

"Setiap hari, dan setiap cara, saya menjadi insan yang semakin baik"

Ianya adalah penting untuk kata-kata anda adalah sesuatu yang benar. Maksudnya, sekiranya setiap hari anda menjadi semakin malas, maka, kata-kata itu tidak akan membantu, tetapi hanya akan mengurangkan motivasi anda oleh kerana minda akan menemui konflik.

Sebagai contoh, sekiranya anda menyebut berulang kali "Saya akan pergi ke Gym untuk bersenam dan menjadi semakin kuat", tetapi anda hanya duduk di rumah dan bermain Playstation 3 anda 24jam sehari, kata-kata affirmation tersebut tidak akan membantu anda. Malah, ianya akan mengurangkan motivasi anda.

Apabila memberi affirmation, sebutkan yang benar sahaja seperti "Saya kini tiada wang, saya perlu menyiapkan novel saya yang akan membantu dalam kewangan saya!". Kemudian, terus ke komputer anda dan mula kerjakan novel anda itu!


LANGKAH 3: Bayangkan anda berjaya mendapat apa yang anda inginkan

Dalam minda, anda perlu membayangkan masa hadapan di mana anda dapat melihat bahawa anda telah mencapai kejayaan tersebut. Sekiranya anda inginkan kemewahan, bayangkan dalam 10 tahun lagi apa yang anda telah capai, mungkin rumah banglo 3 tingkat bersama swimming pool dan 3 buah kereta mewah di garage. Sekiranya anda seorang ahli sukan, maka bayangkan anda memenangi acara anda. Berdiri di podium dan disarungi pingat emas.

Lebih jelas anda menggambarkan bahawa anda berjaya mendapat apa yang anda ingini, maka, lebih hebat minda anda akan berfungsi untuk mencapai cita-cita tersebut. Bayangkan suasana, waktu, warna, cuaca dan sebagainya dengan jelas.

Lebih lama anda dapat menyimpan gambaran ini di dalam minda anda, lebih hebat efeknya kepada anda. Simpan gambaran tersebut selama 1 minit... 5 minit... 10 minit dan sebagainya. Seorang pemain bola sepak terkenal sebelum memulakan perlawanan bola sepak, menyimpan gambaran kejayaannya di padang dalam kepalanya selama 90 minit-
iaitu jangka masa seluruh perlawanan!

Kekerapan anda menggambarkan ini juga akan membantu, di mana sekiranya anda lebih kerap membayangkannya setiap hari, maka, ia akan mudah menjadi untuk anda. Jangan lupa- anda akan menjadi apa sahaja yang anda fikirkan pada kebanyakan masa.


LANGKAH 4: Masukkan emosi

Manusia adalah insan yang beremosi. Emosi digunakan untuk membakar semangat anda dalam mencapai apa sahaja kejayaan. Dalam memikirkan apa yang anda mahu, affirmation, dan juga membayangkan anda mencapainya, masukkan unsur-unsur emosi di dalam kesemuanya.

Menurut Abraham Maslow, emosi adalah asas utama yang membentuk hireraki keperluan Maslow. Bayangkan diri anda gembira, keluarga anda gembira, teman-teman anda mengucapkan tahniah, seluruh suasana di sekeliling anda yang gembira dengan pencapaian anda. Ketika affirmation juga, luahkan dengan penuh semangat dan emosi oleh kerana ianya akan membantu anda.

Emosi dalam setiap langkah ini bagaikan minyak membakar motivasi anda.



LANGKAH 5: Percaya dan yakin ini terjadi

Langkah terakhir, adalah dengan gambaran apa yang anda inginkan, kata-kata affirmation yang bermakna, visual di dalam minda anda telah mencapai apa yang anda inginkan bersama emosi yang membakar, kesemuanya adalah tidak guna sekiranya anda tidak percaya dan yakin anda akan berjaya.

******

Kejayaan adalah keadaan minda. Dengan menguasai minda anda, iaitu dengan cara anda berfikir, anda juga boleh membangunkan minda jutawan di dalam fikiran anda.

Bagaimanakah langkah-langkah ini membantu anda? Bayangkan scenario ini yang saya pasti anda pernah lalui.

Anda bangun dari tidur dan mendapati jam loceng anda tidak berbunyi dan anda kini lewat untuk satu temujanji yang penting! Apa yang terjadi? Dengan serta merta anda keluar dari katil, menyiapkan diri anda dengan pantas. Secara tiba-tiba anda mengerah seluruh tenaga anda untuk memotivasikan anda memenuhi temu janji itu, bukan?

Cuba fikirkan, adakah ketika itu minda anda dipenuhi dengan langkah-langkah di atas? Sudah tentunya. Sebaliknya, anda boleh menggunakan langkah-langkah ini untuk memotivasikan anda mencapai kejayaan yang anda inginkan.


=============

Dr. Irfan Khairi adalah penulis buku "Rahsia Jutawan-Jutawan Internet Terbongkar" dan penceramah/speaker pakar dalam bidang membina kekayaan & kejayaan. Untuk Maklumat lanjut, sila lawati www.rahsiainternet.com dan www.irfankhairi.com.

Label: , , ,

#################### END OF THIS TOPIC ####################

CARA MEMENANGI HATI MERTUA

"Sebaik sahaja selesai diijab kabul, secara rasmi kita menjadi miliknya.Kalau dulu hanya sebagai kekasih, tetapi kini sebagai isterinya yang sah.Namun kita sebenarnya bukanlah hanya berkahwin dengan dirinya, bahkan juga seluruh anggota keluarganya." Bagi yang sudah biasa bertemu dengan mertua sebelum berkahwin, tentu tidak menjadi soal. Bagaimana bagi yang tidak pernah bertentang mata dengan keluarga mertua? Pasti diselubungi rasa bimbang, apatah lagi bila memikirkan cara untuk menyesuaikan diri dengan mertua.

Bagi menangani masalah tersebut, pastikan anda menyiapkan diri dengan beberapa tips yang diberikan.

1. Sebaik sahaja anda sah sebagai tunangannya, mulakan berkenal kenalan dengan keluarga mertua. Andai tinggal berjauhan, hubungilah mereka melalui telefon sekadar untuk bertanya khabar. Jika duduk berhampiran, cuba sesekali luangkan waktu berkunjung ke rumahnya.

2. Ketika berkunjung, bawalah buah tangan bersama.Sekurang-kurangnya dengan membawa kuih ataupun buah-buahan. Tetapi lebih elok jika anda membawa sesuatu yang boleh dibuat cenderahati. Misalnya dengan memberikan sepasang kain sebagai tanda kenangan.

3. Kenali sikap sebenar mertua anda. Tanya kepada pasangan anda, apa yang disukai dan dibenci oleh mertua. Jika anda tahu apa yang disukai dan dibenci, secara tidak langsung ini boleh memberikan persediaan ketika sudah menjadi ahli keluarganya kelak.

4. Setelah berkahwin, jangan sesekali anda memarahi anaknya dihadapan mereka. Keadaan ini memberikan gambaran sebenar sikap anda terhadap anak mereka. Situasi ini mungkin akan menimbulkan kebencian dihati mertua.

5. Setiap kali bertandang, cuba mengambil hatinya dengan bercerita tentang pengalaman lucu yang boleh menghiburkan hatinya. Jangan lupa bercerita dengan sepenuh perhatian agar dia tidak rasa jemu. Ingat, jangan pula anda bercerita sesuatu yang dianggap bodoh dan boleh memalukan diri sendiri.

6. Berkongsi minat dengannya. Kalau dia gemar bercucuk tanam, anda juga harus belajar bercucuk tanam. Kalau dia gemar memasak, tidak salah anda cuba belajar memasak daripadanya. Tunjukkan yang diri anda betul-betul berminat dengan apa yang disukai. Bagaimanapun anda dinasihatkan jangan belajar sambil lewa kerana mungkin dia beranggapan anda tidak serius.

7. Apabila tiba hari-hari penting seperti ketibaan Hari Ibu, Ulang Tahun Perkahwinan, Hari Bapa dan Hari Lahir, jangan lupa menelefon mengucapkan sesuatu. Lebih baik jika anda berkunjung ke rumahnya dengan membawa hadiah. Atau anda juga boleh membuat kejutan dengan mengadakan majlis untuk mereka.

8. Paling penting, jaga pertuturan anda. Jika sebelum ini anda seorang yang ´mulut lepas´, anda dinasihatkan agar menjaga pertuturan anda.
Kata orang, kerana mulut, badan binasa. Jadi berhati-hati ketika menuturkan sesuatu di hadapan mereka. Jangan sampai menyinggung perasaan keluarga mertua.

9. Setelah selesai majlis kenduri, pastikan anda ringan tulang membantu mengemaskan apa yang patut. Terutamanya jika kenduri dilakukan dengan memasak sendiri. Pasti banyak barang yang patut
dibasuh seperti periuk,kuali, gelas atau pinggan mangkuk. Walaupun anda keletihan,tetapi cuba sibukkan diri dengan menolong apa yang patut. Tetapi jika majlis dilakukan secara katering, cubalah mengemas apa yang patut di dalam
atau luar rumah.

10. Akhir sekali, cuba mengasihani keluarga mertua seperti anda menyayangi keluarga sendiri. Anggaplah mereka sebahagian daripada darah daging sendiri supaya hubungan akan bertambah mesra dan berkekalan hingga ke akhir hayatt.Walaupun jika ditakdirkan anda tiada jodoh dengan anak mereka,pastikan anda sentiasa menghubungi sekadar bertanya khabar...

Label: , ,

#################### END OF THIS TOPIC ####################

Petua Temuduga 1

SKIL TEMUDUGA UNTUK BERJAYA

Satu Panduan Untuk Temuduga Yang Berjaya

Jadi, anda telah dipanggil untuk temuduga bagi sesuatu jawatan yang dianggap menarik. Temuduga yang berjaya adalah perlu agar anda mampu melayakkan diri untuk ditawarkan.

Sebagai kesimpulan, senaraikan kekunci kepada temuduga positif. Berikut ialah senaraisemak mengandungi beberapa panduan menghadapi temuduga:

1. Kumpulkan maklumat mengenai organisasi dan jawatan yang dipohon. Mengetahui sebanyak yang boleh mengenai syarikat boleh membuatkan temuduga anda lebih interaktif dan boleh jadi apa yang betul-betul anda perlu untuk berjaya dalam pasaran pekerjaan yang berdaya saing.

2. Mengumpul maklumat mengenai majikan merupakan elemen penting sebagai persediaan untuk temuduga yang berjaya. Jangan takut untuk memohon penerangan terperinci mengenai jawatan yang anda akan ditemuduga.

3. Kemudian, berlatih menjawab soalan-soalan biasa bagi temuduga agar bersedia dan selesa semasa temuduga sebenar. Juga, pastikan anda tahu arah tuju anda dan berikan diri anda masa yang banyak agar anda boleh tiba awal.

4. Tiba lebih kurang 15 minit lebih awal. . Plan on what you are going to wear ahead of time.

5. Berpakaian kemas dan hias diri sebaiknya.

6. Lengkapkan borang permohonan dan lain-lain borang yang diberikan.

7. Perkenalkan diri dengan suara yang jelas.

8. Adakan perhubungan mata dan bahasa badan sewaktu berhadapan dengan penemuduga.

9. Ramai majikan masa kini lebih mengutamakan temuduga berasaskan tingkah laku sebagai kaedah menyaring calon. Cubalah ketahui pendekatan kaedah ini.

10. Biarkan penemuduga mengatur soalan. Dengar dengan teliti.

11. Tunjukkan minat dan keyakinan setiap masa.

12. Berkelakuan formal dan tenang.

13. Berikan sebab-sebab yang logik kepada setiap tindak tanduk yang anda buat.

14. Bersedialah untuk bertanya soalan kepada penemuduga, jika disuruh. Tetapi, awas… Hadkan soalan untuk anda menunjukkan anda mempunyai pengetahuan tentang industrinya.

15. Bercakap benar dan jangan terlalu membesar-besarkan kemampuan anda jika tidak boleh menyokongnya.

16. Berikan gambaran bahawa anda bekerja untuk meningkatkan tahap pencapaian anda sendiri.

17. Berikan keyakinan bahawa anda menerima semua masalah dan kesulitan sebagai satu cabaran.

18. Tunjukkan kepada penemuduga bahawa anda boleh menyesuaikan diri dengan pekerjaan yang dipohon.

19. Jawab dengan sebaik-baiknya. Dengar dengan teliti dan perhatikan bahasa badan untuk mengetahui sama ada penemuduga hendakkan jawapan yang panjang atau sebaliknya.

20. Perlihatkan kecerdasan pemikiran yang mendalam dalam perbualan dengan penemuduga.

21. Yakinkan bahawa anda dapat menyesuaikan diri dengan objektif dan matlamat syarikatnya – gunakan kebolehan berfikir dan menjawab dengan secara terancang tetapi spontan.

22. Sediakan jawapan untuk soalan – “Bagaimanakah anda boleh memberi sumbangan kepada syarikat ini…”

23. Dan… anda juga bolehlah menyediakan jawapan untuk – “Apakah yang anda rancang atau matlamat anda bagi kerjaya ini dalam masa 5 tahun akan datang…” (Kalaulah disoal, alangkah baiknya… kerana telah bersedia!)

24. Practice Makes Perfect (atau sekurang-kurang menambaik). Cuba aturkan satu temuduga olok-olok, atau berlatih dengan seorang rakan dan rakam jawapan-jawapan anda agar boleh dimainkan semula rakaman untuk mengetahui sebaik mana prestasi anda. Sediakan jawapan kepada soalan-soalan lazim temuduga. Dengan cara ini, akan membantu anda menganalisis latarbelakang dan kelayakan anda bagi jawatan berkenaan.

25. Akhir sekali, cuba relaks!


Sumber:
http://www.megasutra.com/modules.php?name=News&file=article&sid=1753&mode=&order=0&thold=0

Label: , , , ,

#################### END OF THIS TOPIC ####################

Petanda Dia Jodoh Kita


Gunakan seluruh pancaindera

Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Tuhan yang maha esa. Tetapi bagaimana kita hendak mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Tuhan mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan akal untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?

Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.

A. Bersahaja

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

B. Senang bersama

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

C. Terima kita seadanya

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

D. Sentiasa jujur

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

E. Percaya Mempercayai

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

F. Senang Bekerjasama

Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

G. Memahami diri kita

Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, ´lidah sendiri lagikan tergigit, inikan pula suami isteri´. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

H. Tampilkan kelemahan

Tiada siapa yang sempurna di dunia. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya. Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

I. Kata hati

Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Tuhan deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindak balas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

J. Mimpi

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Tuhan. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Tuhan memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat mimpi petunjuk. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara. Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya. Fikirkanlah. Adakah dia jodoh kita?

(Sumber: Internet & Email)

Label: , ,

#################### END OF THIS TOPIC ####################

SUDUT PILIHAN

Laman Utama Sudut Isu Semasa Sudut Idea Kreatif Sudut Motivasi Sudut Teladan Sudut Personaliti Sudut Mutiara Hikmah Sudut Gelak Ketawa Sudut Tips & Petua Sudut Karya Sudut Galeri Foto






Pelawat Online




DOWNLOAD

  • Asmaul Husna
  • Nasyid AHAS
  • Nasyid Blogspot
  • Rabiah | Hijri Converter
  • XE | Money changer
  • Azim | Jawi Software
  • Azim | Jawi Font
  • Azim | Multikey
  • Azim | Panduan Multikey



  • LAMAN NASYID

    Haikal Official Site Rabbani Cyber Kerabat Devotees Komuniti Sahabat Hijjaz Mestica Fanz Club Mirwana Wildan Online Villa Sandaran Cinta Nasyeed.Com Komuniti Teman Inteam The Home of Raihan Web As Saufee


    LAMAN NGO

  • TERAS PENGUPAYAAN MELAYU
  • SAHABAT ALAM MALAYSIA
  • PER.PENGGUNA P.PINANG
  • ANG.BELIA ISLAM MALAYSIA
  • JEMAAH ISLAH MALAYSIA
  • PER.PERUBATAN ISLAM
  • MUSLIM PROFESIONAL
  • PPMUSM
  • PKPIM
  • KARISMA
  • HALUAN
  • HEWI PKPIM
  • APIS
  • ABIM Kelantan
  • ABIM Selangor
  • MISG-ABIM
  • PPIK - Kelantan
  • Kelab Remaja JIM
  • Kelab Remaja JIM
  • Seni Kehidupan
  • NISA'


  • BLOG MATERIAL

  • DailyBlogTips -> Tips
  • Clockmysite -> Embed Clock
  • ClockLink -> Embed Clock
  • Dynamic Drive -> Cipta Icon
  • Singingbox -> Upload Music
  • Ripway -> Sharing Document
  • 4shared.com -> File Sharing
  • Easy Poll -> Create Your Poll
  • Poll Code -> Free Poll
  • Awesome -> MP3 Player
  • Stickam -> AV & Photo Playlist
  • Eggdisk -> File Hosting
  • Imageshack - Image Hosting
  • PhotoBucket - Image Hosting
  • Meebo -> Chatting Online
  • Cbox -> Chatting Box
  • Shouthuns -> Chatting Box
  • Wordpress -> Free Blog:
  • Blogger -> Free Blog
  • BlogDrive -> Free Blog
  • GOOGLE -> Translate
  • ANFYteam -> Skrip Java
  • Odeo -> Studio Login
  • Windows Media Player


  • LINK


    Blogger Blogger
    Gmail Account Gmail - Mail Settings 
    Groups Groups - Subscriptions 
    Reader Reader - Settings 
    Talk Talk


    Yahoo Malaysia Broadcast Yourself
    Best Malaysian Sites Photo Bucket
    Go Meebo Powered By Blogger
    Powered by Blogger make money online blogger templates



    Powered By

    Powered by Blogger

    make money online blogger templates



    ..::: PENAFIAN :::..

    SEMUA PANDANGAN, KENYATAAN, IDEA, GAMBAR, POSTER, PENULISAN MAHUPUN APA-APA SAJA DALAM WEB INI ADALAH PANDANGAN PENULIS SEMATA-MATA.
    SEKIRANYA TERDAPAT PERSAMAAN ATAU PERCANGGAHAN, IA ADALAH SECARA KEBETULAN SAHAJA.

    COPYRIGHT © 2007
    (HAKCIPTA YANG HAKIKI ADALAH MILIK ALLAH S.W.T.)
    Blogger Templates Design by WAK KARTO | Written By WAK KARTO