..:: SUDUT PETUA & TIPS ::..

- Indahnya Budi Bersulam Bakti , Petua Diberi Tanda Di Hargai -



( )


Petua Temuduga 4

TIP BERPAKAIAN

Sebelum ditemuduga oleh sesebuah syarikat, buat kajian untuk mengetahui kod berpakaian syarikat berkenaan. Berikut ialah beberapa saranan untuk membantu anda :-


Sut

• Sut single-breasted dua butang dengan belah belakang selalunya selamat dipakai.

• Warna hendaklah biru kelasi, arang atau kelabu. Ingatlah untuk memakai warna gelap.

• Sut pinstripe, plaid atau solid paling diterima.

• Bagi jawatan bercirikan daya kreativiti, seperti pengiklanan atau pemasaran, anda boleh mengenakan sut tiga atau empat butang. Olives dan tans juga boleh diterima.

• Sut hendaklah berkualiti dibuat dari bulu biri campuran.


Kemeja

• Kemeja putih terbaik untuk temuduga.

• Untuk kelihatan lebih profesional, pilih kemeja dengan tab collar atau point collar.

• Kemeja hendaklah dari kapas 100% dan ditekan licin.


Tali Leher


• Anda hendaklah memilih tali leher dari kumpulan warna merah – kekuasaan.

• Sekiranya tali leher anda bercorak, warna-warna corak hendaklah sepadan dengan warna sut anda.

• Tali leher hendaklah di seterika supaya tiada kedutan.

• Jauhkan dari tali leher jenis clip-on.


Kasut

• Kasut lace-up pilihan baik untuk temuduga.

• Kasut seharusnya jenis wingtip atau cap toe.

• Hitam menjadi pilihan, walaupun burgundy/oxblood boleh juga diterima.


Tali Pinggang

• Tali pinggang mestilah sepadan dengan kasut.

• Ianya hendaklah seberapa konservatif yang boleh.


Stoking

• Stoking mestilah sepadan dengan sut.

• Warna-warna solid lazimnya selamat dipakai.



Petua Sampingan Kekemasan Diri Menghadiri Temuduga

* Sekiranya mengguna kolon atau pewangi, janganlah berlebih-lebih.
* Ingatlah untuk menekan sut sebelum temuduga.
* Hadkan barang kemas kepada satu bentuk cincin bagi satu tangan.
* Jangan memakai subang/anting-anting.
* Pastikan anda tidak memakai kasut baru yang belum dipakai lagi,
(seelok-eloknya kasut hendaklah digilap sebelum pergi temuduga.)
* Jangan memakai suspenders dengan tali pinggang.
* Pastikan nafas anda berbau segar.
* Pastikan rambut, kuku dan sebarang bulu/rambut di muka ditrim kemas dan bersih.

Insya Allah, kejayaan akan berada di pihak anda.

SELAMAT BERJAYA!!!

Label: , , ,

#################### END OF THIS TOPIC ####################

Petua Temuduga 3

ETIKA TEMUDUGA



Adab, Makan dan Temuduga

Temuduga selalunya merupakan satu tekanan – walaupun bagi pencari kerja yang telah ditemuduga banyak kali. Temuduga boleh jadi lebih menekan apabila anda diminta makan dan bercakap pada masa yang sama. Walaupun perkara ini jarang sangat berlaku, salah satu sebab majikan membawa bakal pekerja keluar makan tengahari atau makan malam ialah untuk menilai skil sosial anda dan melihat bagaimana anda mengendalikan diri anda dengan bersopan-santun di bawah tekanan.

Makan dengan bakal pekerja membolehkan majikan mengkaji kemahiran anda berkomunikasi sesama manusia, dan juga adab makan, dalam suasana yang lebih relaks (bagi majikan). Adab makan memang penting. Mempunyai adab makan merupakan satu kelebihan berbanding dengan calon-calon, oleh itu, ambillah masa untuk meningkatkan skil etika makan.


Tips Makan Untuk Temuduga:

* Adakah anda benar-benar gementar? Tinjau restoran terlebih dahulu sebelum tiba masanya. Cara ini anda betul-betul tahu apa yang terdapat di menu, apa yang akan anda pesan dan di mana rest rooms ditempatkan.
* Bersopan. Ingatlah untuk mengatakan “tolong” dan “terima kasih” kepada orang yang menghidang dan juga tuan rumah anda.
* Adakah meja penuh dengan alatan? Mulakan dengan alat yang paling sebelah luar dan disusuli dengan yang di sebelahnya ke dalam. Garpu salad anda paling kiri, disusuli dengan garpu entree (makanan pembuka selera) di sebelahnya. Sudu dan garpu pencuci mulut di sebelah atas pinggan anda.
* Cecair di sebelah kanan, pepejal di sebelah kiri. Misalnya, gelas air anda di sebelah kanan dan piring roti di sebelah kiri.
* Letak napkin di atas peha apabila semua orang telah duduk.
* Ingatlah supaya anda menjauhkan siku dari meja, duduk tegak-tegak dan jangan bercakap dengan mulut yang penuh makanan!


Semasa Makan:

* Jangan pesan makanan messy - pasta dengan sos yang banyak, ayam yang ada tulang, rusuk, sandwich besar, dan udang galah/kara besar semuanya berbahaya.
* Jangan pesan emakanane termahal di menu.
* Pesan makan yang mudah dipotong kecil-kecil agar senang dimasuk ke dalam mulut.
* Cara sopan menyudu sop ialah menyudu jauh dari anda dan bukan hala ke anda. Kebarangkalian sop tertumpah di atas peha anda adalah kurang.
* Pecah rol kecil-kecil dan suap ke dalam mulut anda secebis demi secebis.
* Sekiranya anda perlu meninggalkan meja, letak napkin anda di atas tempat duduk atau tempat letak tangan kerusi anda.
* Apabila anda selesai makan, aturkan sudu, garpu dan pisau anda kepada kedudukan “pukul empat” agar orang yang menghidang tahu bahawa anda telah selesai.
* Ingatlah, cuba relaks, dengar, dan ambil bahagian dalam perbualan.


Sesudah Makan:

* Letak napkin anda di atas meja bersebelahan pinggan anda.
* Biarkan bakal majikan meminta bil. Orang yang menjemput anda dijangka membayar bil dan juga tip.
* Ingatlah untuk mengucapkan “terima kasih”. Fikirkan juga untuk menyusul dengan nota terima kasih bagi mengulangi kenyataan bahawa anda berminat dengan jawatan tersebut.



NOTA UCAPAN TERIMA KASIH

Menulis nota terima kasih sesudah temuduga untuk jawatan adalah penting (tidak ramai yang memikirkan perkara ini). Sesungguhnya, sesetengah majikan kurang memikirkan calon-calon yang tidak membuat susulan segera. Rancang untuk menghantar surat terima kasih secepat mungkin (sebaik-baiknya dalam masa dua puluh empat jam, atau tidak melebihi seminggu) setelah selesai ditemuduga.

Adalah penting bagi anda untuk mengucapkan terima kasih setelah temuduga pertama untuk jawatan dan juga temuduga kedua. Penting juga bagi anda untuk mengucapkan terima kasih kepada semua mereka yang menemuduga anda dan juga yang telah membantu anda dalam pencarian pekerjaan, termasuk yang anda telah temuduga. Berikut ialah beberapa panduan untuk menentukan kepada siapa yang anda harus berterima kasih dan cara terbaik untuk menyampaikan terima kasih anda kepada mereka.

* Bersyukurlah kepada Allah.
* Bertindak segera – Rancang untuk menghantar nota terima kasih anda secepat mungkin setelah ditemuduga (seboleh-bolehnya dalam masa dua puluh empat jam).
* Amnya, surat-surat yang ditaip disarankan. Pertimbangkan “personaliti” organisasi berkenaan serta hubungan erat yang dirasakan semasa sesi temuduga. Sekiranya temuduga anda merupakan proses yang agak tidak formal dan/atau anda berjaya menghasilkan hubungan baik dengan penemuduga, nota bertulis tangan sudah memadai.
* Sebagai tambahan kepada berterima kasih pada orang yang bercakap dengan anda, nota terima kasih menguatkan lagi keazaman anda mahukan jawatan tersebut. (Nota: Walaupun anda tidak mahukan pekerjaan berkenaan, tulislah surat secara hormat menyatakan anda ingin menarik diri, kerana anda tidak mengetahui apa yang akan berlaku. Jadi, mengapa membuang masa?)
* Anda boleh juga menganggap ucapan terima kasih sebagai surat susulan “jualan”. Dalam lain perkataan, anda boleh mengulangi mengapa anda memerlukan jawatan berkenaan, kelayakan anda, bagaimana anda boleh memberi sumbangan bermakna, dan sebagainya. Surat ini juga merupakan peluang yang baik bagi membincang apa jua perkara penting yang penemuduga terlupa bertanya atau anda telah tidak menjawabnya secara terperinci atau tidak sebaik yang anda inginkan.
* Bagaimana sekiranya anda menghabiskan masa sehari suntuk ditemuduga (dan dibawa makan tengahari) bersama-sama ramai orang? Adakah nota berasingan bersesuaian atau haruskah anda menghantar satu surat sahaja untuk kesemuanya? Pilihlah pendekatan anda berdasarkan apa yang anda fikirkan paling bersesuaian dengan “personaliti” organisasi berkenaan. Juga, fikirkan sama ada temuduga-temuduga berkenaan mempunyai banyak persamaan antara satu sama lain. Sekiranya terdapat banyak persamaan (seperti perkongsian bersama di kalangan para penemuduga), mungkin satu surat sahaja sudah memadai. Jika benar, alamatkan surat kepada semua orang dalam satu surat master, reproduce surat berkenaan dan tambahkan nota personal bagi setiap seorang.
* Bagaimana sekiranya anda rasa gementar setiap kali menulis surat? Berilah masa – carilah nota yang simpel untuk dihantar atau hantarkan nota terima kasih melalui e-mel tanpa lengah; jimatkan usaha anda untuk masa yang lain.
* Ingatlah untuk membaca dahulu bagi menyemak: semak ejaan, nahu, cetakan dan lain-lain. Sekiranya musykil terhadap nama, ejaan atau gelaran/jawatan para penemuduga, hubungi atau telefon pejabat berkenaan. Usaha anda berbaloi!

*******************************************

Contoh :- Surat Terima Kasih

Nama Anda
Alamat Anda
Poskod, Bandar, Negeri Anda
Nombor Telefon Anda
Alamat e-mel Anda

Tarikh

Nama Penerima
Jawatan
Organisasi
Alamat
Poskod, Bandar, Negeri

Tuan/Puan/Encik/Cik:

Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa peluang berbincang dengan tuan/puan berkenaan dengan jawatan Penolong Eksekutif Akaun di Agensi tuan/puan merupakan satu Penghargaan.

Jawatan tersebut, sebagaimana yang tuan jelaskan, ternyata sangat sesuai dengan kemahiran dan minat saya. Pendekatan yang kreatif terhadap pengurusan akaun yang tuan terangkan menguatkan lagi semangat saya untuk bekerja dengan tuan/puan.

Sebagai tambahan kepada minat saya, saya akan meningkatkan kemahiran dalam penulisan, kesungguhan dan kebolehan menggalakkan lain-lain kakitangan agar bekerjasama dengan Jabatan. Latar belakang artistik saya akan membantu saya bekerja dengan staf untuk menghasilkan kesefahaman dalam aspek kerja kita.

Saya memahami keperluan tuan/puan terhadap sokongan pengurusan. Pengalaman saya dalam hal-hal berkaitan dengan organisasi akan membantu melapangkan tuan/puan agar dapat memberi tumpuan untuk menangani isu-isu yang lebih besar. Semasa ditemuduga, saya terlupa untuk memaklumkan bahawa saya telah bekerja sementara sebagai pekerja pejabat. Pengalaman ini membantu saya membentuk kemahiran dalam bidang kesetiausahaan dan perkeranian.

Saya menghargai masa yang tuan/puan ambil untuk menemuduga saya. Saya sangat berminat bekerja untuk tuan/puan dan berharap mendapat perhatian dan jawapan tuan/puan mengenai jawatan ini.

Sekian. Terima kasih.


Yang benar,

Tandatangan Anda
Nama Anda Ditaip

*******************************************

Terima Kasih Melalui E-mel
Menghantar Surat Elektronik

Menulis nota terima kasih sesudah temuduga pekerjaan boleh menjadi kunci kepada mendapat tawaran pekerjaan. Dalam zaman komunikasi elektronik ini, adakah bertepatan menghantar surat terima kasih melalui e-mel? Dalam kebanyakan hal, ya. Anda boleh menghantar surat terima kasih serta merta, berbanding dengan masa menunggu untuk khidmat pos menyerahkan surat tersebut kepada penerimanya. Sekiranya majikan membuat keputusan mengambil pekerja secepat yang mungkin, masa adalah penting. Jika ini tidak memerlukan tindakan segera, anda masih boleh mengirim nota terima kasih yang ringkas, beserta dengan surat atau nota, melalui e-mel. Anda mengulangi minat anda terhadap jawatan berkenaan lebih cepat lagi.

Sebagai tambahan kepada ucapan terima kasih anda kepada orang yang bercakap dengan anda, nota terima kasih mengukuhkan lagi hasrat anda benar-benar mahukan jawatan berkenaan. Gunakan surat anda untuk memberi perhatian terhadap sebarang isu dan hal-hal yang timbul semasa temuduga. Anda boleh juga menganggap ucapan terima kasih sebagai surat susulan “jualan”. Dalam lain perkataan, anda boleh mengulangi mengapa anda memerlukan jawatan berkenaan, kelayakan anda, bagaimana anda boleh memberi sumbangan bermakna, dan sebagainya. Surat ini juga merupakan peluang yang baik bagi membincang apa jua perkara penting yang penemuduga terlupa bertanya atau anda telah tidak menjawabnya secara terperinci atau tidak sebaik yang anda inginkan. Ingatlah bahawa nota terima kasih seharusnya ringkas dan menepati matlamatnya. Beberapa perenggan pendek sudah mencukupi.

Bagaimana sekiranya anda menghabiskan masa sehari suntuk ditemuduga bersama-sama ramai orang? Hantar mesej berasingan kepada setiap seorang penemuduga. Buat pindaan mesej anda agar setiap penemuduga menerima nota terima kasih yang unik. Mintalah kad bisnes di penghujung setiap temuduga – cara ini anda akan memperolehi informasi kontak bagi surat-surat terima kasih anda.

Akhir sekali, ingatlah untuk membaca dahulu bagi menyemak – semakan bagi e-mel adalah sama penting sepertimana lain-lain surat-menyurat. Pastikan anda menyemak ejaan, nahu, cetakan dan sebagainya. Juga simpan sesalinan untuk anda, dalam fail keluar mel anda atau hantar salinan kepada diri anda sendiri, agar anda mempunyai sesalinan setiap mesej yang dihantar.

Label: , , ,

#################### END OF THIS TOPIC ####################

Petua Temuduga 2

SOAL-JAWAB TEMUDUGA

Soalan-soalan yang akan ditanya

Temuduga selalunya menyebabkan stres – walaupun bagi pencari kerja yang telah menghadiri banyak temuduga. Cara terbaik untuk mengurangkan tekanan ialah dengan bersedia.

Ambillah masa untuk mengkaji soalan-soalan “standard” temuduga yang paling berkemungkinan ditanya. Juga, ambillah masa untuk membuat kajian mengenai syarikat agar anda boleh jawapan-jawapan yang menggambarkan anda berpengetahuan luas.

Soalan-soalan Temuduga

1. Sejarah Kerjaya * Nama syarikat, nama dan keterangan jawatan, tarikh bekerja.


  • Apakah harapan anda terhadap jawatan dan sejauh manakah ia dapat dipenuhi?


  • Apakah tahap gred gaji permulaan dan akhir?


  • Apakah tanggungjawab anda?


  • Apakah cabaran dan masalah utama yang dihadapi? Bagaimanakah anda menanganinya?


  • Apakah yang paling/paling kurang mengganggu?


  • Apakah pencapaian/kegagalan terbesar dalam jawatan tersebut?


  • Bagaimanakah anda bekerja untuk penyelia anda? Apakah kekuatan dan kelemahannya?


  • Mengapakah anda meninggalkan pekerjaan tersebut?



1. Mengenai Diri Anda


  • Terangkan hari-hari kerja anda.


  • Berapa jamkah anda biasa bekerja?


  • Bagaimanakah anda menerangkang kecepatan anda bekerja?


  • Bagaimanakah anda menangani tekanan stres dan tekanan?


  • Apakah yang memotivate anda?


  • Apakah keputusan yang anda dapati paling sukar dibuat?


  • Sekiranya mereka yang mengenali anda ditanya mengapa anda perlu diambil, apakah yang mereka akan katakan?


  • Adakah anda lebih suka bekerja bersendirian atau dalam satu kumpulan?


  • Beri beberapa contoh mengenai kerja berkumpulan.


  • Apakah jenis persekitaran kerja yang anda pilih?


  • Terangkan satu situasi kerja/projek yang sukar dan bagaimana anda menanganinya.


  • Bagaimanakah anda menilai sukses?



2. Pekerjaan Baru dan Syarikat


  • Apakah yang membuat anda minat terhadap jawatan ini?


  • Apakah sifat-sifat semulajadi/pengalaman berkaitan yang ada pada anda?


  • Mengapakah anda merasakan diri anda terbaik bagi jawatan ini?


  • Apakah yang anda ketahui mengenai syarikat ini?


  • Mengapakah anda mahu bekerja dengan organisasi ini?


  • Apakah cabaran-cabaran yang anda cari dalam sesuatu jawatan?


  • Apakah yang anda boleh sumbangkan kepada syarikat ini?


  • Adakah anda bersedia untuk berjalan/bekerja luar?


  • Adakah apa-apa maklumat mengenai jawatan atau syarikat yang saya belum beritahu dan anda ingin tahu mengenainya?



3. Masa Hadapan


  • Apakah yang anda cari dalam jawatan berikutnya? Apakah yang penting bagi anda?


  • Apakah matlamat anda untuk lima/sepuluh tahun akan datang?


  • Bagaimanakah anda merancang untuk mencapai matlamat ini?


  • Berapakah gaji yang diperlu – jangka pendek dan jangka panjang?


Sebagai tambahan kepada persediaan bagi menjawab soalan-soalan standard ini, bersedialah untuk ditemuduga berasaskan tingkah-laku. Ini berasaskan kepada dasar bahawa prestasi kerja terdahulu seseorang calon merupakan asas untuk menentukan prestasi akan datang. Anda perlu bersedia untuk memberi jawapan terperinci termasuk contoh-contoh spesifik pengalaman kerja anda. Cara terbaik untuk bersedia ialah dengan memikirkan contoh-contoh di mana anda telah berjaya menggunakan kemahiran yang diperolehi.

- Ambillah masa untuk mengumpul senarai jawapan kepada kedua-dua jenis soalan dan senaraikan kemahiran, nilai-nilai dan minat serta juga kekuatan dan kelemahan anda. Tekankan apa yang anda boleh lakukan untuk member manfaat kepada syarikat, dan tidak hanya apa yang anda minati.

- Orang-orang perseorangan yang anda jadikan sebagai rujukan dalam permohonan dijangka akan dihubungi oleh syarikat sebelum tawaran dikeluarkan kepada anda. Rancang lebih awal. Dan buat senarai rujukan serta beberapa surat sokongan di peringkat ini, agar anda sudah bersedia apa majikan memintanya.

- Soalan terakhir yang mungkin ditanya penemuduga ialah “Adakah apa-apa soalan yang saya boleh jawab?” Sedia beberapa soalan. Anda bukan hanya mencuba mendapatkan pekerjaan – anda juga menemuduga majikan untuk menilai sama ada syarikat berkenaan dan jawatan bertepatan.


TEMUDUGA BERASASKAN TINGKAHLAKU

Apakah temuduga berasaskan tingkahlaku?



  • Menemuduga berasaskan tingkahlaku ialah menemuduga berasaskan kepada mendapati bagaimana orang yang ditemuduga berkelakuan di dalam situasi-situasi tertentu berkaitan dengan pekerjaan. Logiknya ialah cara anda berkelakuan di masa-masa lalu dapat meramal cara anda berkelakuan di masa-masa akan datang, iaitu, tahap kerja yang lalu dapat menelah tahap kerja akan datang.


  • Dalam temuduga tradisional, anda akan ditanya beberapa soalan yang mempunyai jawapan terus terang seperti "Apakah kekuatan dan kelemahan anda?" atau "Apakah cabaran dan masalah besar yang anda telah hadapi? Bagaimanakah anda menanganinya?" atau "Huraikan minggu kerja yang biasa terdapat."


  • Dalam temuduga berasaskan tingkahlaku, seseorang majikan telah menetapkan kemahiran yang perlu ada pada seseorang yang diambilnya dan akan bertanyakan soalan-soalan untuk mengetahui sama ada calon tersebut memiliki skil-skil tersebut .


  • Sebagai ganti bertanyakan bagaimanakah anda berkelakuan, mereka akan bertanya bagaimanakah anda telah berkelakuan. Penemuduga mahu mengetahui bagaimana anda menangani sesuatu situasi, dan bukan apa yang anda lakukan di masa akan datang.


  • Soalan-soalan temuduga berasaskan tingkahlaku lebih menjurus, lebih menyiasat dan lebih khusus. Misalnya :

    * Berikan satu contoh ketika bilamana anda telah menggunakan logik untuk menyelesaikan masalah.
    * Huraikan satu keputusan yang anda telah buat menjadikannya tidak popular serta bagaimana anda menanganinya dalam melaksanakannya.
    * Adakah anda telah melakukan lebih dari tugas-tugas hakiki? Jika benar, bagaimana?
    * Apakah yang anda buat jika sesuatu projek terganggu? Beri satu contoh bagaimana anda menanganinya.
    * Adakah anda pernah meyakinkan sesuatu pasukan untuk melaksanakan sesuatu projek yang mereka tidak berapa minat? Bagaimanakah anda melakukannya?
    * Pernahkah anda menangani satu situasi yang sukar dengan rakan sekerja? Bagaimana?
    * Beritahu saya bagaimana anda telah dapat bekerja dengan berkesan di bawah tekanan.



  • Soalan-soalan susulan juga akan diperincikan. Anda mungkin akan ditanya apakah yang telah dilakukan, dituturkan, bagaimana reaksi anda atau bagaimanakah perasaan anda.


  • Apakah cara terbaik untuk menyediakan diri anda? Adalah penting untuk mengingatkan bahawa anda tidak akan tahu apakah jenis temuduga yang akan berlangsung sehinggalah anda duduk di dalam bilik temuduga berkenaan. Oleh itu, sediakan jawapan-jawapan bagi soalan-soalan temuduga tradisional. Kemudian, oleh kerana anda tidak tahu sebenarnya akan situasi-situasi yang akan disoal sekiranya ia temuduga berasaskan tingkahlaku, ingatkan semula dan fikirkan beberapa situasi-situasi istimewa yang anda telah tangani atau projek-projek yang anda telah kendalikan.


  • Anda mungkin boleh menggunanya bagi membantu anda merangka jawapan. Teliti keterangan tugas. Dari keterangan kerja dan keperluan jawatan yang diperolehi melalui bacaan, anda mungkin akan mendapat gambaran jenis kemahiran yang dapat dijadikan aset.


  • Semasa temuduga, sekiranya anda tidak pasti bagaimana menjawab soalan berkenaan, mintalah penjelasan.


  • Kemudian pastikan anda memasukkan poin-poin berikut di dalam jawapan anda:
    * Situasi yang khusus
    * Tugas-tugas yang perlu dilaksanakan
    * Tindakan yang anda ambil
    * Keputusannya, iaitu, apa yang telah berlaku


  • Adalah penting untuk mengingatkan bahawa tiada jawapan yang betul ataupun salah. Penemuduga hanya cuba memahami bagaimana anda berkelakuan dalam sesuatu situasi tertentu. Bagaimana anda menjawab akan menentukan sama ada wujud keserasian antara kemahiran anda dengan jawatan yang akan diisi syarikat berkenaan. Oleh itu, dengar baik-baik, jelaskan dengan terperinci apabila anda respon, dan paling penting, bersikap jujur. Sekiranya jawapan-jawapan anda bukan yang dicari penemuduga, jawatan ini mungkin bukan yang terbaik bagi anda.

Label: , , ,

#################### END OF THIS TOPIC ####################

MINDA JUTAWAN

5 LANGKAH MEMBINA MINDA JUTAWAN
Oleh: Dr. Irfan Khairi

Pernahkah anda bayangkan, apakah sebenarnya di dalam minda seorang jutawan? Apakah persediaan minda yng dilakukan untuk menjadi seorang yang berjaya?

Pernahkah anda dengar cerita tentang seseorang yang tiba-tiba mendapat durian runtuh (dari segi kewangan, bukan durian!), tetapi, tidak lama kemudian segala yang dimiliki hilang dan dibelanjakan entah ke mana?

Ini adalah kerana minda seseorang itu belum bersedia menerima situasi durian runtuh tersebut. Maka, terjadinya konflik antara minda yang belum bersedia dan tingkah lakunya.

Tulisan saya kali ini adalah berdasarkan kajian yang dilakukan keatas orang-orang yang berjaya, tidak kira jutawan, ahli sukan, personality atau ahli politik. Teknik yang sering digunakan dalam menguasai minda di gelar NLP (Neuro linguistic programming). Artikel ini menyentuh satu cara menguasai minda yang sering digunakan dalam mempersedia dan mencapai apa sahaja kejayaan.

Fikiran manusia adalah sesuatu yang amat kompleks di mana ia dikatakan manusia belum lagi menggunakan kuasa minda sepenuhnya. Minda anda adalah sesuatu yang amat canggih sehingga tiada komputer di dunia dapat berfungsi seperti minda anda. Bagaimanakah caranya menggunakan kuasa minda untuk berjaya? Berikut adalah 5 langkah untuk membangunkan minda jutawan...


LANGKAH 1: Penuhi fikiran anda dengan apa yang anda mahukan.

Ia dikatakan bahawa seseorang itu akan menjadi apa yang difikirkannya pada kebanyakan masa. Apa yang anda sering fikirkan? Usahawan yang berjaya sering memenuhi mindanya dengan kejayaan berurusniaga. Ahli sukan yang berjaya sering memenuhi mindanya dengan gambaran memenangi pingat.

Ahli sukan popular, Lance Armstrong pernah menghidap penyakit barah yang amat serius sehinggakan para doktor menganggap beliau tidak akan dapat meneruskan hidup. Lance Armstrong bukan sahaja membuktikan beliau boleh pulih dari barah, tetapi dengan menggunakan teknik memenuhi fikirannya dengan gambaran kejayaan dalam bidang lumba basikal, Lance kemudiannya memenangi pertandingan basikal yang paling sukar sekali, iaitu Tour de France sebanyak 7 kali!

Dengan memenuhi minda anda dengan apa yang anda mahu, ianya akan menjadi sebahagian dari minda separuh sedar anda sehingga minda anda sendiri akan mendorong anda mencapai apa jua kejayaan.


LANGKAH 2: Sebutkan dengan jelas

Sebut dan luahkan secara verbal dengan jelas apa yang ada di minda anda. Ini adalah kerana, dengan menyebut, minda akan berfungsi dengan lebih sempurna. Teknik ini digelar teknik affirmation. Teknik ini merupakan kata-kata yang membantu dalam membangunkan diri sendiri. Affirmation yang paling popular digunakan di dunia adalah:

"In every day and every way I am getting better and better".

"Setiap hari, dan setiap cara, saya menjadi insan yang semakin baik"

Ianya adalah penting untuk kata-kata anda adalah sesuatu yang benar. Maksudnya, sekiranya setiap hari anda menjadi semakin malas, maka, kata-kata itu tidak akan membantu, tetapi hanya akan mengurangkan motivasi anda oleh kerana minda akan menemui konflik.

Sebagai contoh, sekiranya anda menyebut berulang kali "Saya akan pergi ke Gym untuk bersenam dan menjadi semakin kuat", tetapi anda hanya duduk di rumah dan bermain Playstation 3 anda 24jam sehari, kata-kata affirmation tersebut tidak akan membantu anda. Malah, ianya akan mengurangkan motivasi anda.

Apabila memberi affirmation, sebutkan yang benar sahaja seperti "Saya kini tiada wang, saya perlu menyiapkan novel saya yang akan membantu dalam kewangan saya!". Kemudian, terus ke komputer anda dan mula kerjakan novel anda itu!


LANGKAH 3: Bayangkan anda berjaya mendapat apa yang anda inginkan

Dalam minda, anda perlu membayangkan masa hadapan di mana anda dapat melihat bahawa anda telah mencapai kejayaan tersebut. Sekiranya anda inginkan kemewahan, bayangkan dalam 10 tahun lagi apa yang anda telah capai, mungkin rumah banglo 3 tingkat bersama swimming pool dan 3 buah kereta mewah di garage. Sekiranya anda seorang ahli sukan, maka bayangkan anda memenangi acara anda. Berdiri di podium dan disarungi pingat emas.

Lebih jelas anda menggambarkan bahawa anda berjaya mendapat apa yang anda ingini, maka, lebih hebat minda anda akan berfungsi untuk mencapai cita-cita tersebut. Bayangkan suasana, waktu, warna, cuaca dan sebagainya dengan jelas.

Lebih lama anda dapat menyimpan gambaran ini di dalam minda anda, lebih hebat efeknya kepada anda. Simpan gambaran tersebut selama 1 minit... 5 minit... 10 minit dan sebagainya. Seorang pemain bola sepak terkenal sebelum memulakan perlawanan bola sepak, menyimpan gambaran kejayaannya di padang dalam kepalanya selama 90 minit-
iaitu jangka masa seluruh perlawanan!

Kekerapan anda menggambarkan ini juga akan membantu, di mana sekiranya anda lebih kerap membayangkannya setiap hari, maka, ia akan mudah menjadi untuk anda. Jangan lupa- anda akan menjadi apa sahaja yang anda fikirkan pada kebanyakan masa.


LANGKAH 4: Masukkan emosi

Manusia adalah insan yang beremosi. Emosi digunakan untuk membakar semangat anda dalam mencapai apa sahaja kejayaan. Dalam memikirkan apa yang anda mahu, affirmation, dan juga membayangkan anda mencapainya, masukkan unsur-unsur emosi di dalam kesemuanya.

Menurut Abraham Maslow, emosi adalah asas utama yang membentuk hireraki keperluan Maslow. Bayangkan diri anda gembira, keluarga anda gembira, teman-teman anda mengucapkan tahniah, seluruh suasana di sekeliling anda yang gembira dengan pencapaian anda. Ketika affirmation juga, luahkan dengan penuh semangat dan emosi oleh kerana ianya akan membantu anda.

Emosi dalam setiap langkah ini bagaikan minyak membakar motivasi anda.



LANGKAH 5: Percaya dan yakin ini terjadi

Langkah terakhir, adalah dengan gambaran apa yang anda inginkan, kata-kata affirmation yang bermakna, visual di dalam minda anda telah mencapai apa yang anda inginkan bersama emosi yang membakar, kesemuanya adalah tidak guna sekiranya anda tidak percaya dan yakin anda akan berjaya.

******

Kejayaan adalah keadaan minda. Dengan menguasai minda anda, iaitu dengan cara anda berfikir, anda juga boleh membangunkan minda jutawan di dalam fikiran anda.

Bagaimanakah langkah-langkah ini membantu anda? Bayangkan scenario ini yang saya pasti anda pernah lalui.

Anda bangun dari tidur dan mendapati jam loceng anda tidak berbunyi dan anda kini lewat untuk satu temujanji yang penting! Apa yang terjadi? Dengan serta merta anda keluar dari katil, menyiapkan diri anda dengan pantas. Secara tiba-tiba anda mengerah seluruh tenaga anda untuk memotivasikan anda memenuhi temu janji itu, bukan?

Cuba fikirkan, adakah ketika itu minda anda dipenuhi dengan langkah-langkah di atas? Sudah tentunya. Sebaliknya, anda boleh menggunakan langkah-langkah ini untuk memotivasikan anda mencapai kejayaan yang anda inginkan.


=============

Dr. Irfan Khairi adalah penulis buku "Rahsia Jutawan-Jutawan Internet Terbongkar" dan penceramah/speaker pakar dalam bidang membina kekayaan & kejayaan. Untuk Maklumat lanjut, sila lawati www.rahsiainternet.com dan www.irfankhairi.com.

Label: , , ,

#################### END OF THIS TOPIC ####################

CARA MEMENANGI HATI MERTUA

"Sebaik sahaja selesai diijab kabul, secara rasmi kita menjadi miliknya.Kalau dulu hanya sebagai kekasih, tetapi kini sebagai isterinya yang sah.Namun kita sebenarnya bukanlah hanya berkahwin dengan dirinya, bahkan juga seluruh anggota keluarganya." Bagi yang sudah biasa bertemu dengan mertua sebelum berkahwin, tentu tidak menjadi soal. Bagaimana bagi yang tidak pernah bertentang mata dengan keluarga mertua? Pasti diselubungi rasa bimbang, apatah lagi bila memikirkan cara untuk menyesuaikan diri dengan mertua.

Bagi menangani masalah tersebut, pastikan anda menyiapkan diri dengan beberapa tips yang diberikan.

1. Sebaik sahaja anda sah sebagai tunangannya, mulakan berkenal kenalan dengan keluarga mertua. Andai tinggal berjauhan, hubungilah mereka melalui telefon sekadar untuk bertanya khabar. Jika duduk berhampiran, cuba sesekali luangkan waktu berkunjung ke rumahnya.

2. Ketika berkunjung, bawalah buah tangan bersama.Sekurang-kurangnya dengan membawa kuih ataupun buah-buahan. Tetapi lebih elok jika anda membawa sesuatu yang boleh dibuat cenderahati. Misalnya dengan memberikan sepasang kain sebagai tanda kenangan.

3. Kenali sikap sebenar mertua anda. Tanya kepada pasangan anda, apa yang disukai dan dibenci oleh mertua. Jika anda tahu apa yang disukai dan dibenci, secara tidak langsung ini boleh memberikan persediaan ketika sudah menjadi ahli keluarganya kelak.

4. Setelah berkahwin, jangan sesekali anda memarahi anaknya dihadapan mereka. Keadaan ini memberikan gambaran sebenar sikap anda terhadap anak mereka. Situasi ini mungkin akan menimbulkan kebencian dihati mertua.

5. Setiap kali bertandang, cuba mengambil hatinya dengan bercerita tentang pengalaman lucu yang boleh menghiburkan hatinya. Jangan lupa bercerita dengan sepenuh perhatian agar dia tidak rasa jemu. Ingat, jangan pula anda bercerita sesuatu yang dianggap bodoh dan boleh memalukan diri sendiri.

6. Berkongsi minat dengannya. Kalau dia gemar bercucuk tanam, anda juga harus belajar bercucuk tanam. Kalau dia gemar memasak, tidak salah anda cuba belajar memasak daripadanya. Tunjukkan yang diri anda betul-betul berminat dengan apa yang disukai. Bagaimanapun anda dinasihatkan jangan belajar sambil lewa kerana mungkin dia beranggapan anda tidak serius.

7. Apabila tiba hari-hari penting seperti ketibaan Hari Ibu, Ulang Tahun Perkahwinan, Hari Bapa dan Hari Lahir, jangan lupa menelefon mengucapkan sesuatu. Lebih baik jika anda berkunjung ke rumahnya dengan membawa hadiah. Atau anda juga boleh membuat kejutan dengan mengadakan majlis untuk mereka.

8. Paling penting, jaga pertuturan anda. Jika sebelum ini anda seorang yang ´mulut lepas´, anda dinasihatkan agar menjaga pertuturan anda.
Kata orang, kerana mulut, badan binasa. Jadi berhati-hati ketika menuturkan sesuatu di hadapan mereka. Jangan sampai menyinggung perasaan keluarga mertua.

9. Setelah selesai majlis kenduri, pastikan anda ringan tulang membantu mengemaskan apa yang patut. Terutamanya jika kenduri dilakukan dengan memasak sendiri. Pasti banyak barang yang patut
dibasuh seperti periuk,kuali, gelas atau pinggan mangkuk. Walaupun anda keletihan,tetapi cuba sibukkan diri dengan menolong apa yang patut. Tetapi jika majlis dilakukan secara katering, cubalah mengemas apa yang patut di dalam
atau luar rumah.

10. Akhir sekali, cuba mengasihani keluarga mertua seperti anda menyayangi keluarga sendiri. Anggaplah mereka sebahagian daripada darah daging sendiri supaya hubungan akan bertambah mesra dan berkekalan hingga ke akhir hayatt.Walaupun jika ditakdirkan anda tiada jodoh dengan anak mereka,pastikan anda sentiasa menghubungi sekadar bertanya khabar...

Label: , ,

#################### END OF THIS TOPIC ####################

Petua Temuduga 1

SKIL TEMUDUGA UNTUK BERJAYA

Satu Panduan Untuk Temuduga Yang Berjaya

Jadi, anda telah dipanggil untuk temuduga bagi sesuatu jawatan yang dianggap menarik. Temuduga yang berjaya adalah perlu agar anda mampu melayakkan diri untuk ditawarkan.

Sebagai kesimpulan, senaraikan kekunci kepada temuduga positif. Berikut ialah senaraisemak mengandungi beberapa panduan menghadapi temuduga:

1. Kumpulkan maklumat mengenai organisasi dan jawatan yang dipohon. Mengetahui sebanyak yang boleh mengenai syarikat boleh membuatkan temuduga anda lebih interaktif dan boleh jadi apa yang betul-betul anda perlu untuk berjaya dalam pasaran pekerjaan yang berdaya saing.

2. Mengumpul maklumat mengenai majikan merupakan elemen penting sebagai persediaan untuk temuduga yang berjaya. Jangan takut untuk memohon penerangan terperinci mengenai jawatan yang anda akan ditemuduga.

3. Kemudian, berlatih menjawab soalan-soalan biasa bagi temuduga agar bersedia dan selesa semasa temuduga sebenar. Juga, pastikan anda tahu arah tuju anda dan berikan diri anda masa yang banyak agar anda boleh tiba awal.

4. Tiba lebih kurang 15 minit lebih awal. . Plan on what you are going to wear ahead of time.

5. Berpakaian kemas dan hias diri sebaiknya.

6. Lengkapkan borang permohonan dan lain-lain borang yang diberikan.

7. Perkenalkan diri dengan suara yang jelas.

8. Adakan perhubungan mata dan bahasa badan sewaktu berhadapan dengan penemuduga.

9. Ramai majikan masa kini lebih mengutamakan temuduga berasaskan tingkah laku sebagai kaedah menyaring calon. Cubalah ketahui pendekatan kaedah ini.

10. Biarkan penemuduga mengatur soalan. Dengar dengan teliti.

11. Tunjukkan minat dan keyakinan setiap masa.

12. Berkelakuan formal dan tenang.

13. Berikan sebab-sebab yang logik kepada setiap tindak tanduk yang anda buat.

14. Bersedialah untuk bertanya soalan kepada penemuduga, jika disuruh. Tetapi, awas… Hadkan soalan untuk anda menunjukkan anda mempunyai pengetahuan tentang industrinya.

15. Bercakap benar dan jangan terlalu membesar-besarkan kemampuan anda jika tidak boleh menyokongnya.

16. Berikan gambaran bahawa anda bekerja untuk meningkatkan tahap pencapaian anda sendiri.

17. Berikan keyakinan bahawa anda menerima semua masalah dan kesulitan sebagai satu cabaran.

18. Tunjukkan kepada penemuduga bahawa anda boleh menyesuaikan diri dengan pekerjaan yang dipohon.

19. Jawab dengan sebaik-baiknya. Dengar dengan teliti dan perhatikan bahasa badan untuk mengetahui sama ada penemuduga hendakkan jawapan yang panjang atau sebaliknya.

20. Perlihatkan kecerdasan pemikiran yang mendalam dalam perbualan dengan penemuduga.

21. Yakinkan bahawa anda dapat menyesuaikan diri dengan objektif dan matlamat syarikatnya – gunakan kebolehan berfikir dan menjawab dengan secara terancang tetapi spontan.

22. Sediakan jawapan untuk soalan – “Bagaimanakah anda boleh memberi sumbangan kepada syarikat ini…”

23. Dan… anda juga bolehlah menyediakan jawapan untuk – “Apakah yang anda rancang atau matlamat anda bagi kerjaya ini dalam masa 5 tahun akan datang…” (Kalaulah disoal, alangkah baiknya… kerana telah bersedia!)

24. Practice Makes Perfect (atau sekurang-kurang menambaik). Cuba aturkan satu temuduga olok-olok, atau berlatih dengan seorang rakan dan rakam jawapan-jawapan anda agar boleh dimainkan semula rakaman untuk mengetahui sebaik mana prestasi anda. Sediakan jawapan kepada soalan-soalan lazim temuduga. Dengan cara ini, akan membantu anda menganalisis latarbelakang dan kelayakan anda bagi jawatan berkenaan.

25. Akhir sekali, cuba relaks!


Sumber:
http://www.megasutra.com/modules.php?name=News&file=article&sid=1753&mode=&order=0&thold=0

Label: , , , ,

#################### END OF THIS TOPIC ####################

Petanda Dia Jodoh Kita


Gunakan seluruh pancaindera

Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Tuhan yang maha esa. Tetapi bagaimana kita hendak mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Tuhan mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan akal untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?

Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.

A. Bersahaja

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

B. Senang bersama

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

C. Terima kita seadanya

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

D. Sentiasa jujur

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

E. Percaya Mempercayai

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

F. Senang Bekerjasama

Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

G. Memahami diri kita

Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, ´lidah sendiri lagikan tergigit, inikan pula suami isteri´. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

H. Tampilkan kelemahan

Tiada siapa yang sempurna di dunia. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya. Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

I. Kata hati

Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Tuhan deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindak balas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

J. Mimpi

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Tuhan. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Tuhan memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat mimpi petunjuk. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara. Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya. Fikirkanlah. Adakah dia jodoh kita?

(Sumber: Internet & Email)

Label: , ,

#################### END OF THIS TOPIC ####################

Right Tea?


Are you drinking the right tea?

1. People who use their "brain" to work or students who study hard day and night. --- should drink more chrysanthemum Tea.

2. People who need a lot of body energy to work or those people that do a lot of exercise everyday. --- should drink Wu Loong Tea.

3. People who travel on a bike or work in dirty and polluted places. --- should drink Green Tea.

4. For people who likes to sit down all day long and not doing anything even exercising --- must drink Green Tea and Flower Tea.

5. People who smoke and drink a lot of alcoholic drinks. --- should drink more Green Tea.

6. Carnnivore ( those people who must eat meat at least once a day, or feel sick or not feeling well) --- try to drink some Wu Loong Tea.

7. People who go to the washroom too often or too less. --- should drink more Honey Tea

8. People with high cholesterol and high blood pressure. --- Wu Loong Tea, Green Tea.

9. Those who work with computers everyday. --- need to drink a Lot of Tea (any tea will do). Whenever you are working with the computer, you should make some tea, drink it when you are free. Drinking Tea is healthy, it can protect and prevent the harmful Ultraviolet light from harming us (when using computer). Furthermore, it can also cure us when we are tired and help making our body feel fresh again.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

All of us know that soyabean drink provides good protein to our body... but many of us doesn´t know that there are certain days we should avoid.

Soyabean drinks are best consume on hot sunny days where the sun is burning and glaring. The soya milk will gives lots of nutrients to the body, as the body is able to absorb the protein well.

However, Avoid the drink when the weather is cloudy or raining. Taking the drink in these weathers, the body will not be able to take in the protein thus will result in a disease called "GOUT" or "high acidic urine" due to the high protein residue in the body, after a long run. This disease will cause pain to your knee joints and it will only be in control when you control your food intake of proteins and medications.

The pain is unbearable and usually you will have no idea what you have taken to cause the pain. Food like soya beans, ikan bilis, broccoli, spinach, peanuts, animal organs ( i.e. pork liver) etc will have to be avoided to prevent the pain from attacking. So my friends, pass this to your family, relatives and friends to keep an alert of the pros and cons of soyabean milk and when it is to be taken and avoid.

---------------------------------------------------

SUMBER: EMAIL DAN INTERNET

Label: , ,

#################### END OF THIS TOPIC ####################

SUDUT PILIHAN

Laman Utama Sudut Isu Semasa Sudut Idea Kreatif Sudut Motivasi Sudut Teladan Sudut Personaliti Sudut Mutiara Hikmah Sudut Gelak Ketawa Sudut Tips & Petua Sudut Karya Sudut Galeri Foto






Pelawat Online




DOWNLOAD

  • Asmaul Husna
  • Nasyid AHAS
  • Nasyid Blogspot
  • Rabiah | Hijri Converter
  • XE | Money changer
  • Azim | Jawi Software
  • Azim | Jawi Font
  • Azim | Multikey
  • Azim | Panduan Multikey



  • LAMAN NASYID

    Haikal Official Site Rabbani Cyber Kerabat Devotees Komuniti Sahabat Hijjaz Mestica Fanz Club Mirwana Wildan Online Villa Sandaran Cinta Nasyeed.Com Komuniti Teman Inteam The Home of Raihan Web As Saufee


    LAMAN NGO

  • TERAS PENGUPAYAAN MELAYU
  • SAHABAT ALAM MALAYSIA
  • PER.PENGGUNA P.PINANG
  • ANG.BELIA ISLAM MALAYSIA
  • JEMAAH ISLAH MALAYSIA
  • PER.PERUBATAN ISLAM
  • MUSLIM PROFESIONAL
  • PPMUSM
  • PKPIM
  • KARISMA
  • HALUAN
  • HEWI PKPIM
  • APIS
  • ABIM Kelantan
  • ABIM Selangor
  • MISG-ABIM
  • PPIK - Kelantan
  • Kelab Remaja JIM
  • Kelab Remaja JIM
  • Seni Kehidupan
  • NISA'


  • BLOG MATERIAL

  • DailyBlogTips -> Tips
  • Clockmysite -> Embed Clock
  • ClockLink -> Embed Clock
  • Dynamic Drive -> Cipta Icon
  • Singingbox -> Upload Music
  • Ripway -> Sharing Document
  • 4shared.com -> File Sharing
  • Easy Poll -> Create Your Poll
  • Poll Code -> Free Poll
  • Awesome -> MP3 Player
  • Stickam -> AV & Photo Playlist
  • Eggdisk -> File Hosting
  • Imageshack - Image Hosting
  • PhotoBucket - Image Hosting
  • Meebo -> Chatting Online
  • Cbox -> Chatting Box
  • Shouthuns -> Chatting Box
  • Wordpress -> Free Blog:
  • Blogger -> Free Blog
  • BlogDrive -> Free Blog
  • GOOGLE -> Translate
  • ANFYteam -> Skrip Java
  • Odeo -> Studio Login
  • Windows Media Player


  • LINK


    Blogger Blogger
    Gmail Account Gmail - Mail Settings 
    Groups Groups - Subscriptions 
    Reader Reader - Settings 
    Talk Talk


    Yahoo Malaysia Broadcast Yourself
    Best Malaysian Sites Photo Bucket
    Go Meebo Powered By Blogger
    Powered by Blogger make money online blogger templates



    Powered By

    Powered by Blogger

    make money online blogger templates



    ..::: PENAFIAN :::..

    SEMUA PANDANGAN, KENYATAAN, IDEA, GAMBAR, POSTER, PENULISAN MAHUPUN APA-APA SAJA DALAM WEB INI ADALAH PANDANGAN PENULIS SEMATA-MATA.
    SEKIRANYA TERDAPAT PERSAMAAN ATAU PERCANGGAHAN, IA ADALAH SECARA KEBETULAN SAHAJA.

    COPYRIGHT © 2007
    (HAKCIPTA YANG HAKIKI ADALAH MILIK ALLAH S.W.T.)
    Blogger Templates Design by WAK KARTO | Written By WAK KARTO